Kelas ICT – Mencari Maklumat di Google
22 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 21 Oktober 2020, PIK Gong Kulim telah mengadakan kelas ICT kepada dua orang ahli PIK Gong Kulim. Di dalam kelas ini, peserta diajar bagaimana cara untuk mencari maklumat di dalam laman web Google untuk menyiapkan buku log aktiviti beruniform mereka. Para peserta juga diajar bagaimana untuk mencari maklumat yang diperlukan dengan cara yang mudah,cepat dan tepat. Mereka juga diajar bagaimana untuk muat turun gambar supaya kelihatan jelas dan cantik apabila gambar tersebut dicetak keluar oleh Staf PIK.
Dengan adanya kepelbagaian aktiviti yang berdasarkan dunia ICT di Pusat Internet Komuniti secara automatiknya dapat melahirkan lebih ramai golongan pelajar dan belia yang celik IT seiring dengan arus kemodenan negara masa kini. Kepelbagaian aktiviti juga dapat menarik lebih ramai komuniti untuk datang dan memanfaatkan perkhidmatan yang terdapat di PIK Gong Kulim.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: